Penuntut universiti maut terjatuh dari tingkat 32 kondominium di Cyberjaya

Penuntut universiti maut terjatuh dari tingkat 32 kondominium di Cyberjaya

Wira Tempang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang penuntut universiti tempatan maut dipercayai terjatuh dari tingkat 32 sebuah kondominium di Cyberjaya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, etua polis daerah sepang, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada pukul 3.18 petang mengenai seorang lelaki tidak sedarkan diri di tingkat lapan kondominium berkenaan.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Cyberjaya bergegas ke lokasi dan mendapati mangsa berusia 17 tahun dalam keadaan tertiarap di lantai serta tubuhnya berlumuran darah dipercayai akibat terjatuh dari tingkat atas rumah yang didudukinya,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, pemeriksaan lanjut dijalankan oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sepang bersama unit forensik mendapati tiada unsur jenayah di tempat kejadian.

Norhizam berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut. Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Cyberjaya untuk bedah siasat.

Katanya, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu serta menyalurkan maklumat kepada hotline ipd sepang di talian 03-87774222 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat lanjut – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN