MARANG: Pengurusan Masjid Rusila di sini menyifatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tidak profesional dalam menangani isu berhubung aktiviti yang diadakan agensi itu di masjid berkenaan pada 19 September lalu. Pengerusi Jawatankuasanya, Mohd. Azri Abdul Aziz berkata, pihaknya telah meneliti kenyataan Maritim Malaysia berhubung isu itu semalam yang antara lain menyatakan latihan dijalankan ketika itu hanyalah sebahagian daripada silibus latihan taktikal pasukan khas. Katanya, pengurusan Masjid Rusila tidak pernah…










