KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 yang bertemakan ‘Memacu Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’ dijangka memberi tumpuan kepada dua aspek iaitu pendidikan dan kesihatan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara tersebut merupakan elemen penting yang menjadi fokus sebagai asas pembangunan negara. “Kalau kita melihat, tumpuan kerajaan sentiasa kepada pendidikan dan kesihatan. Dua-dua benda itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Negara (NICE) 2025 di Pusat Dagangan…