KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner sebentar tadi membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan aktivis, Mona Din berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir. Pada 22 September lalu, Mahkamah Koroner memerintahkan agar satu notis tunjuk sebab kerana menghina mahkamah dikeluarkan kepada Mohd. Shafie atas kenyataan yang dibuat, antara lain menyatakan kematian Zara Qairina adalah satu pembunuhan dan…