PETALING JAYA: Beberapa pemimpin negara mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menahan aktivis Global Sumud Flotilla dan menghalang misi tidak bersenjata bersama bekalan bantuan untuk rakyat Gaza. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh dalam satu kenyataan memberi amaran keras akan mengadakan protes besar-besaran semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Kuala Lumpur jika aktivis berkenaan tidak dibebaskan. Malah, mereka turut mendesak kerajaan supaya membatalkan sebarang jemputan rasmi kepada…