PETALING JAYA: Pemimpin dalam perkhidmatan awam kini memerlukan pendirian moral yang jelas dan berani untuk melakukan pembaharuan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, transformasi ini menuntut kepimpinan dalam tadbir urus mahupun perkhidmatan awam yang berfikiran ke depan dan bersikap terbuka. Katanya, mereka perlu bertindak secara telus serta bersedia menerima apa jua kritikan dalam pembaharuan. “Sebuah rantau ASEAN dengan 670 juta penduduk yang mempunyai pelbagai bahasa, budaya dan kepercayaan mesti…