PETALING JAYA: Malaysia menerima ucapan tahniah daripada para pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, beliau menghargai penghargaan berkenaan yang disifatkan sebagai kejayaan pimpinan Malaysia yang berwibawa.
“Saya turut menghargai ucapan tahniah yang disampaikan mereka atas kejayaan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47, baru-baru ini.
“Ia adalah satu kejayaan yang mencerminkan keupayaan Malaysia memimpin dengan hikmah dan kesungguhan,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.
Perdana Menteri berkata, beliau sempat bertukar pandangan dengan rakan-rakan pimpinan mengenai pelbagai isu dan hala tuju serantau, termasuk usaha memperkukuh kerjasama ekonomi yang lebih adil dan berdaya tahan.-UTUSAN









