Pemandu jengkaut dipenjara lima tahun amang seksual kanak-kanak dalam bas

Pemandu jengkaut dipenjara lima tahun amang seksual kanak-kanak dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemandu jengkaut dipenjara lima tahun di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di dalam sebuah bas pada 20 Oktober lalu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, S. Gunah, 47, selepas mengambil kira pengakuan bersalah daripada tertuduh, rayuan serta hujahan pemberatan daripada pihak pendakwaan.

Mahkamah menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 20 Oktober lalu.

Tertuduh juga diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan dan pengawasan polis selama setahun.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun satu bulan semasa kejadian dengan cara menyentuh paha dan lengan bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang 4 petang semasa dalam perjalanan dari Tampin ke Rembau di sekitar kawasan Bongek di Rembau pada 20 Oktober lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN