PETALING JAYA: Pelaburan bernilai RM10 bilion yang diumumkan hasil kerjasama antara Malaysia, NVIDIA Corporation dan YTL Power diyakini mampu memperkukuh kerjasama strategik tiga pihak ke arah membina masa depan digital yang berdaya saing dan berdaulat. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan besar dalam pembangunan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) berasaskan tenaga hijau itu bukan sahaja menandakan keyakinan pelabur terhadap dasar Malaysia, malah menjadi tonggak utama transformasi negara menuju kedaulatan…

 
								 
											









