BELURAN: Seorang pekerja lelaki maut selepas terjatuh di dalam mesin pengisar konveyor ketika cuba mengalihkan serpihan batu, di sebuah kilang kelapa sawit dekat sini, pagi tadi. Mangsa berusia 32 tahun dipercayai sedang bertugas di bahagian bawah mesin berkenaan manakala bahagian kawalan dikendalikan oleh penyelia yang bertugas bersamanya sebelum kejadian itu berlaku. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 6.20 pagi dan bertindak menggerakkan…