KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja inap desa dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan pencerobohan dan mengintai seorang usahawan wanita yang sedang mandi di sebuah inap desa di Kampung Jeram, Manir, Ogos lalu. Ahmad Farhan Rizal Abdullah, 29, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Mazrinie Mahmood. Berdasarkan pertuduhan pertama, Ahmad Farhan didakwa dengan maksud…