KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mewujudkan sistem dalam talian yang membolehkan orang ramai membida nombor pendaftaran yang tidak terjual. Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN‑Tampin) berkata, kerugian yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 3/2025 akan terus meningkat tahun hadapan jika tiada langkah diambil untuk menanganinya. “Angka‑angka ini mencerminkan kelemahan dalam sistem bida semasa. Kenapa perkara ini boleh berlaku sejak awal dan dibiarkan begitu sahaja oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)?”…