KUALA LUMPUR: Institusi kewangan diwajibkan mengeluarkan notis bertulis kepada pemegang akaun yang ditutup atas syak pengubahan wang haram sebagai langkah memperkukuh ketelusan. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, notis itu perlu disertakan dengan sebab penutupan akaun tanpa mendedahkan maklumat sensitif siasatan bagi mengelakkan kebocoran maklumat. Katanya, notis tersebut juga perlu menerangkan hak pemegang akaun untuk mengemukakan rayuan termasuk saluran rayuan tersedia, tempoh masa diperuntukkan serta proses yang perlu diikuti…