PARLIMEN: Pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya ikut garis masa ditetapkan

PARLIMEN: Pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya ikut garis masa ditetapkan

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Jemaah Menteri telah bersetuju menerima pakai model pengasingan sepenuhnya dengan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipegang dua individu berbeza dengan kedudukan yang setara.

“Langkah pertama yang perlu diambil meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mewujudkan punca kuasa untuk memisahkan peranan dan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya. Ia dijangka akan dibentangkan pada tahun hadapan.

“Selepas pindaan ini dikuatkuasakan, kerajaan akan membentangkan dua lagi Rang Undang-Undang (RUU) susulan bagi menetapkan struktur gaji dan elaun untuk jawatan Pendakwa Raya serta RUU omnibus yang akan meminda pelbagai undang-undang lain yang berkait rapat dengan fungsi pendakwaan,” katanya

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab status semasa proses pemisahan kuasa yang telah diiktiraf sebagai salah satu janji utama dalam agenda reformasi institusi oleh pentadbiran kerajaan Madani.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN