KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh peranan Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bagi memastikan bekas isteri dan anak-anak tidak terus terjejas akibat kegagalan pembayaran nafkah oleh bekas suami. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara langkah utama ialah penyediaan pendahuluan nafkah sebagai bantuan kewangan sementara kepada pemiutang penghakiman sementara tunggakan nafkah diselesaikan melalui prosiding Mahkamah Syariah. “Pendahuluan…