KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti kutipan bayaran tempat letak kereta secara haram atau lebih dikenali sebagai ‘kutu parkir’. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang melarang seseorang daripada berada di jalan atau tempat letak kereta bagi tujuan menahan, menjaga atau mendesak kenderaan lain…