KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa mereformasi sistem pendidikan negara susulan peningkatan jumlah kes buli dan kesalahan seksual yang melibatkan golongan pelajar. Gesaan itu disuarakan oleh Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) mengenai sistem hari ini yang melahirkan generasi rapuh kerana guru tidak dibenarkan lagi melaksanakan tindakan disiplin terhadap pelajar. “Dulu disiplin menjadi tunjang pembentuk manusia. Ketika saya bersekolah dulu, tahun 1970-an, kesalahan kecil seperti tidak memakai stoking, gagal menyiapkan kerja rumah atau…