KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan jumlah pengambilan calon National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) kepada 1,652 orang tahun ini. Langkah itu bagi memastikan kekosongan jawatan pengetua dan guru besar di sekolah-sekolah seluruh negara dapat diisi dengan segera. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, jumlah tersebut merupakan yang tertinggi sejak 2021 dan mencerminkan komitmen KPM untuk memastikan mutu serta kelangsungan kepimpinan sekolah tidak terjejas akibat kekosongan jawatan berkenaan.…