JERLUN: Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) mengenalpasti kira-kira 745 hektar tanaman padi terjejas akibat banjir yang melanda beberapa daerah di Kedah, baru-baru ini dengan kerugian lebih RM7.5 juta. Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Salleh berkata, kira-kira 372 pesawah mengalami kerugian keseluruhan memandangkan tanaman padi sudah mencapai 90 peratus masa penuaian sebelum bencana. “Kebanyakan petani mengalami ‘total lost’ akibat banjir tersebut kerana padi mereka hampir masak. Kita akan memulakan bancian Khamis ini…