PETALING JAYA: Proton Holdings Berhad secara rasmi melangkah ke era baharu apabila operasi pembuatan syarikat itu dipindahkan sepenuhnya dari Shah Alam ke Tanjong Malim, Perak, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju industri automotif negara. Langkah strategik itu menyaksikan seramai 1,400 kakitangan dari kilang Shah Alam berpindah ke Proton Tanjong Malim, yang terletak di Automotive High-Tech Valley (AHTV), dalam usaha menjadikan fasiliti berkenaan sebagai hab utama automotif nasional dan serantau. Pemindahan…