KUALA NERUS: Hidup segan mati tak mahu. Itu gambaran tepat terhadap nasib pengusaha bot penambang di Seberang Takir yang semakin hari semakin tenat selepas perkhidmatan tradisi itu kian dilupakan masyarakat. Perkhidmatan yang pernah menjadi nadi pengangkutan utama rakyat Terengganu sejak lebih 60 tahun lalu itu kini hanya beroperasi sekadar untuk meneruskan hidup, biarpun pendapatannya tidak seberapa. Jika dahulu bot penambang menjadi tumpuan penduduk dan pelancong untuk menyeberangi Sungai Terengganu tetapi…