PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk mendapatkan kebenaran merayu bagi mengembalikan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikatnya, Grabcar Sdn. Bhd. serta Myteksi Sdn. Bhd. Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang bersidang bersama Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Datuk Lee Swee Seng. Panel turut…