PETALING JAYA: Tidak mahu terus dibayangi masa lalu, penyanyi, Amylea Azizan enggan lagi menyimpan barangan yang mengingatkannya kepada bekas suami, Mohammad Aqbar Mohamad.
Selain memadam gambar di laman sosial, penyanyi Kendati itu turut membuang sebuah arca ukiran tangan yang saling menggenggam miliknya dan bekas suami dengan tulisan ‘Amy x Ash’ ke dalam tong sampah.
Video itu dimuat naik Amylea dengan iringan lagu Thank You, Next nyanyian Ariana Grande dan Jump oleh Blackpink sebagai muzik latar.
“Permulaan baharu,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Amylea mengesahkan perkahwinanya bersama suami, Mohammad Aqbar Mohamad, telah berakhir selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
Bagaimanapun, penyanyi itu enggan mengulas lanjut mengenai punca perpisahan tersebut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.
Untuk rekod, Amylea dan Aqbar atau lebih dikenali sebagai Ash telah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2023. –UTUSAN