PUTRAJAYA: Menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan diminta untuk pulang ke Malaysia dan membersihkan namanya. Bagaimanapun menurut jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. “Untuk isu menantu ahli Parlimen Pagoh, itu tak perlu bincang, balik sahaja lah. Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) telah menyatakan bahawa beberapa agensi telah membuat…









