Mindef terima RM21.7b, KDN dapat RM21.1b

Mindef terima RM21.7b, KDN dapat RM21.1b

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM21.7 bilion dalam Belanjawan 2026 termasuk menyelenggara dan membeli aset baru pertahanan negara.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi tujuan itu sebanyak RM6 bilion disediakan termasuk membuat perolehan baharu iaitu sistem pertahanan udara jarak medium, pendek dan sangat pendek.

Katanya, ia juga untuk memperolehan dua buah kapal penyokong pelbagai guna dan 10 kenderaan Batalion Malaysia (Malbatt).

“Sementara itu Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima RM21.2 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan beruniform di bawah KDN sebanyak RM1 bilion. 

“Ini termasuk perolehan baharu iaitu 100 buah pickup 4×4 untuk risikan dan operasi PDRM; empat bot ronda Fast Patrol Vessel, Pasukan Polis Marin; sebuah pesawat udara Maritime Surveillance Aircraft Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion bagi membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform antaranya Kompleks Maritim Malaysia Negeri di Tok Bali, Kelantan; Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak dan Balai Polis Lawin, Gerik, Perak.

“Pembaharuan Kompleks Bersepadu APMM dan Pasukan Polis Marin, Labuan; Kompleks Zon Maritim Kudat, Sabah; Pusat Latihan Artileri, Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

“Naik taraf ICQS Sungai Tujoh, Miri, Sarawak; Bangunan tambahan Batalion 23, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sri Aman, Sarawak; tiga Pos PGA baharu di Sungai Nibong, Sungai Banting dan Sekinchan, Selangor,” katanya.

Tambahnya, bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah, Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN