PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober ini untuk membincangkan tarikh-tarikh penting dan perkara-perkara lain berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Setiausahanya, Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Kadzim M. Yahya, semalam berhubung pembubaran Dewan Undangan Sabah Ke-16. “Sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 21 Fasal (4), Perlembagaan Negeri Sabah – suatu…