Membimbangkan, sekolah patut jadi tempatselamat untuk murid, guru - Shila Amzah - Utusan Malaysia

Membimbangkan, sekolah patut jadi tempatselamat untuk murid, guru – Shila Amzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Shila Amzah meluahkan rasa bimbang terhadap isu keselamatan murid  di sekolah yang makin merunsingkan.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 35, menegaskan bahawa sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pelajar dan guru.

“Apa yang sedang berlaku kepada anak-anak kita? Sekolah sepatutnya sentiasa menjadi tempat yang selamat untuk pelajar dan guru,” ujarnya menerusi hantaran di Thread pada Selasa.

Shila turut menggesa agar isu berkenaan tidak dipolitikkan dan menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera demi masa depan generasi akan datang.

“Tolong jangan jadikan perkara ini isu politik, kita patut berdepan dengan realiti. Kepada mereka yang bertanggungjawab, tolong lakukan sesuatu,” tegasnya lagi.

Penyanyi Patah Seribu itu juga turut meluahkan rasa cemas selain menggesa langkah proaktif diambil bagi melindungi murid daripada menjadi mangsa.

“Anak-anak ini adalah masa depan negara kita. Apa yang sedang berlaku sekarang benar-benar membimbangkan. Saya merayu tindakan segera diambil demi negara dan masyarakat,” katanya.

Terdahulu,media melaporkan seorang pelajar perempuan yang juga murid sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki pagi tadi. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN