MBSB Bank sedia kemudahan pembiayaan Islam RM1.3b kepada Weststar - Utusan Malaysia

MBSB Bank sedia kemudahan pembiayaan Islam RM1.3b kepada Weststar

KETUA Pegawai Kumpulan Eksekutif MBSB Group, Rafe Haneef (tiga dari kanan) dan Pengarah The Weststar Group, Syed Muhammad Azni Syed Azman (tiga dari kiri) bergambar bersama Wan Kamaruzaman Wan Ahmad (dua dari kanan) dan Syed Azman Syed Ibrahim (dua dari kiri) pada majlis menandatangani MoU antara MBSB dan Weststar Aviation Services di AIROD, Jalan Lapangan Terbang Subang di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG: MBSB Berhad (MBSB) memeterai Kemudahan Pembiayaan Islam Bersindiket berjumlah RM1.3 bilion melalui Memorandum Persefahaman (MoU) kepada The Weststar Group (Weststar) bagi memacu pertumbuhan industri penerbangan Malaysia. Pengerusi MBSB, Datuk Wan Kamaruzaman Wan Ahmad berkata, MBSB telah memperuntukkan sebanyak RM5.7 bilion secara keseluruhan bagi sektor pengangkutan, termasuk aeroangkasa sebagai salah satu pemacu pertumbuhan bank itu.  Ujarnya, langkah itu adalah bagi menyokong pengembangan operasi anak syarikat Weststar iaitu Weststar Aviation Services…

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN