Mayat dalam bagasi mangsa bunuh, mati akibat lemas - polis

Mayat dalam bagasi mangsa bunuh, mati akibat lemas – polis

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Polis mengesahkan bahawa mayat seorang lelaki tempatan yang dijumpai dalam sebuah bagasi di belakang pangsapuri Ampang Jajar di sini semalam adalah disebabkan lemas atau ‘suffocation’.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, pengesahan itu dibuat susulan laporan bedah siasat yang dijalankan oleh pakar forensik di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

“Ketika dijumpai, keadaan leher mayat cedera manakala tangannya diikat dan kepalanya pula diserkup plastik.

“Polis juga masih menyiasat kemungkinan sama ada mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibungkus dan dimasukkan ke dalam beg terbabit sebelum dicampak di kawasan itu.

“Ketika ini, pengecaman mayat lelaki terbabit telah dibuat oleh ahli keluarga terdekat dan siasatan lanjut mendapati, mangsa telah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah pada 8 Oktober lalu (kelmarin),” katanya.

Tambah beliau, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan dan sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden (ASP) Norhaslinda Rahmat di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau datang ke mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Media sebelum itu melaporkan, mangsa dikenal pasti sebagai Lee Boon Han, 31, selepas pengecaman dibuat oleh ahli keluarganya yang hadir ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ), pagi tadi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN