Malaysia sedia hantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza

Malaysia sedia hantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza

Mohamed Khaled Nordin menunjukkan buku Pelan Transformasi PERHEBAT selepas majlis peluncuran pelan tersebut di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia bersedia menghantar satu batalion pasukan pengaman ke Gaza bagi membantu usaha menstabilkan keadaan dan memulihkan ke­amanan sekiranya mandat diberi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Malaysia telah pun menyediakan satu batalion khas untuk tujuan pengamanan tersebut.

“Kita memang bersedia. Semasa saya menyertai mesyuarat menteri-menteri negara di bawah PBB mempunyai pasukan pengaman, Malaysia sudah pun menyatakan kesediaan untuk menghantar dan telah mendaftar satu batalion untuk perkara tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Kelmarin Perdana ­Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ber­kata, Malaysia bersedia untuk menghantar pasukan pengaman ke Gaza bagi menjamin ke­amanan susulan perjanjian pelan damai yang ditandata­ngani di Mesir, kelmarin.

Mohamed Khaled berkata, keputusan muktamad mengenai penyertaan Malaysia hanya akan dibuat selepas PBB memuktamadkan mandat penempatan pasukan pengaman antarabangsa di Gaza.

Tegasnya, isu kos tidak menjadi keutamaan pada peringkat ini kerana keutamaan keraja­an adalah membantu misi ­keamanan dan kemanusiaan di Gaza.

Katanya, penyertaan Malaysia dalam misi pengaman antarabangsa menggambarkan kepercayaan global terhadap kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta komitmen negara terhadap keamanan dunia.

Tambah beliau, Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam misi pengaman antarabangsa termasuk di Lubnan yang membuktikan keupayaan serta profesionalisme anggota tentera negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN