Malaysia rebut kerjasama ekonomi dunia, ASEAN

Malaysia rebut kerjasama ekonomi dunia, ASEAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan yang turut dihadiri oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz di Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menjadi peneraju dalam memperkukuhkan hubungan ekonomi antara rantau ini dengan kuasa besar seperti China, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

Sehubungan itu, negara juga perlu merebut peluang kerjasama ekonomi khususnya dengan kumpulan tujuh negara maju (G7) dalam memperkukuh kedudukan ekonomi di peringkat global.

Bidang ekonomi terlibat antaranya semikonduktor, pendidikan, kesihatan dan farmaseutikal dan pertanian.

Hal ini kerana banyak negara maju yakin untuk melabur di ASEAN khususnya Malaysia setelah melihat potensi ekonomi dan perdagangan serantau seperti dinyatakan dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 yang bermula kelmarin.

Sebagai contoh, Kanada mahu menggandakan perdagangan dengan negara selain Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$300 bilion (RM1.44 trilion) dalam tempoh 10 tahun di rantau ASEAN.

Australia pula bersedia membuat pelaburan AU$20 bilion sebagai langkah baharu pengli­batan Canberra dalam kerjasama ekonomi rantau ini.

Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, komitmen itu didorong kemajuan dicapai tahun lalu dengan perdagangan dua hala mencecah paras tinggi sehingga hampir AU$6 bi­lion,

Mengulas mengenainya, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, Malaysia sebagai anggota ASEAN dengan blok ekonomi kelima terbesar dunia memainkan peranan penting sebagai jambatan strategik antara kuasa besar ekonomi yang pesat membangun.

Katanya, ASEAN terus memperkukuh peranan sebagai blok ekonomi utama dunia dengan menandatangani beberapa perjanjian penting bagi memperluas jaringan perdagangan dan pelaburan.

“Antara yang menjadi tumpuan adalah Perjanjian Perdagangan Inklusif ASEAN yang disasarkan untuk meningkatkan aliran perdagangan intra-ASEAN serta menangani isu-isu yang menghalang pertumbuhan ekonomi serantau.

“Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (FTA) versi 3.0 juga merupakan langkah penting dalam memperkukuh hubungan ekonomi antara ASEAN dan China,” kata­nya di sini semalam.

Tengku Zafrul berkata, ASEAN turut menyaksikan Sidang Kemuncak ASEAN-India sebagai komitmen bagi memperluas pelaksanaan perjanjian perdagangan inklusif bersama India.

“Beberapa negara ASEAN turut aktif menjalin hubungan dua hala dengan blok ekonomi lain, termasuk Kesatuan Eropah (EU) dengan tiga negara ASEAN menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan EU,” katanya.

Katanya, tujuh negara ASEAN kini merupakan anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), sementara beberapa negara lain memohon menyertai RIGS, dengan satu negara ASEAN sudah diterima sebagai ahli penuh. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN