PETALING JAYA: Malaysia perlu tampil sebagai jaguh ekonomi rentas sempadan dengan memanfaat kedudukan strategik negara.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, melalui pembangunan bersama di wilayah sempadan dan rangkaian infrastruktur serantau, negara bukan sahaja membuka pasaran baharu malah menghubungkan Malaysia dengan pusat pertumbuhan ekonomi jiran.
“Malaysia turut menumpukan pembangunan ASEAN Power Grid bagi menghubungkan grid elektrik rentas sempadan ke negara jiran dan memperkukuh perdagangan tenaga serantau.
“Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Petronas bekerjasama dengan rakan ASEAN bagi mempercepat Projek Vietnam–Malaysia–Singapura yang menyalurkan tenaga boleh baharu dari selatan Vietnam ke Malaysia dan Singapura,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat hari ini.-UTUSAN










