PETALING JAYA: Malaysia perlu menjadi contoh utama kepada negara-negara ASEAN dalam usaha memelihara alam sekitar dan menggalakkan amalan perniagaan hijau di semua peringkat industri. Ini selari dengan Pusat Kecemerlangan ASEAN untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Peralihan Hijau yang akan dilancarkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 bagi memperkukuh komitmen serantau terhadap agenda kelestarian dan ekonomi hijau. Profesor Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Mohd. Rizal…










