Malaysia bersuara sebalik prinsip ‘Centrality ASEAN’ 

Malaysia bersuara sebalik prinsip ‘Centrality ASEAN’ 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia terus bersuara dalam setiap isu serantau meskipun prinsip Kepusatan ASEAN yang menjadi pegangan utama blok berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, prinsip itu tidak seharusnya dijadikan alasan berdiam diri terhadap sebarang isu yang memberi kesan kepada keamanan dan kestabilan rantau ini.

“Kita perlu berhikmah agar tidak dilihat terlalu konfrontasi, tetapi kita mesti menyuarakan perkara itu apabila ia sudah terbukti.

“Jika isu itu serius, saya akan mengambil tindakan kerana saya percaya penting bagi kita semua untuk menyatakan kebimbangan sama ada secara terbuka, tertutup, atau dalam apa jua bentuk bahawa rantau ini mesti kekal bebas,” katanya dalam sidang akhbar bersama Perdana Menteri Australia hari ini. 

Beliau mengulas tindakan China di Laut China Selatan baru-baru ini.

Menurut Anwar, dasar ‘Centrality ASEAN’ tidak bermaksud negara anggota perlu membisu, sebaliknya perlu terus memainkan peranan aktif dalam memastikan Asia Tenggara kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN