Malaysia-AS perkukuh dialog strategik, pacu perdagangan dan pelaburan dua hala

Malaysia-AS perkukuh dialog strategik, pacu perdagangan dan pelaburan dua hala

ANWAR Ibrahim semasa bertemu dengan ahli-ahli U.S-APEC Business Coalition di Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Republik Korea.-Pejabat Perdana Menteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) kekal menjalin dialog strategik yang produktif dan berprinsip, berasaskan komitmen bersama untuk memacu perdagangan, pelaburan dan kemakmuran ekonomi saling menguntungkan antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ahli-ahli US-APEC Business Coalition turut menzahirkan keyakinan terhadap hala tuju kerjasama ekonomi dua hala.

“Kita terus menyaksikan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam sektor-sektor utama seperti semikonduktor, farmaseutikal, kewangan dan ekonomi digital, menggambarkan ketahanan serta keakraban hubungan ekonomi antara kedua-dua negara,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli US-APEC Business Coalition, hari ini.

Anwar berkata, gabungan perniagaan itu turut menyambut baik Perjanjian Timbal Balas Perdagangan (ART) Malaysia-AS yang dimeterai baru-baru ini, sebagai langkah strategik memperkukuh kestabilan dan keyakinan dalam suasana perdagangan global yang tidak menentu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN