KUALA LUMPUR: Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang (LPQB) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung lawatan rasmi enam hari ke United Kingdom (UK) yang menelan kos lebih RM500,000. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, beliau telah menerima surat daripada beberapa peguam yang mempersoalkan keperluan lawatan tersebut. “Para peguam mempersoalkan keperluan pergi ke luar negara untuk mempelajari tentang kursus bar, sedangkan maklumat itu sebenarnya boleh diperoleh…