KUALA LUMPUR: Prestasi pengurusan kenderaan kerajaan di bawah syarikat konsesi didapati tidak memuaskan apabila jumlah penalti tertunggak dianggarkan mencecah RM54.51 juta. Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, terdapat kelewatan penghantaran kenderaan oleh syarikat konsesi dikesan, namun tiada sebarang tindakan tuntutan atau caj penalti dikenakan terhadap pihak terbabit. “Analisis audit berdasarkan data dalam sistem pengurusan kenderaan konsesi mendapati sehingga 31 Disember 2024, sebanyak…