Linda Rafar keluar Elite

Linda Rafar keluar Elite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Linda Rafar, 47, mengumumkan penarikan dirinya daripada sebarang aktiviti bersama kumpulan Elite.

Linda yang berkongsi perkara itu menerusi platform Thread mengakui berat membuat keputusan tersebut.

“Hanya kepada Allah aku berserah. Maafkan Linda jika tak dapat bersama Elite lagi.

“Sedih sangat, nak tulis pun tak boleh. Moga Allah kuatkan Linda dalam apa juga keadaan,” tulisnya.

Linda, pada 20 September lepas kembali bergabung bersama Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin dan Watie Sadali menjayakan konsert Elite Live 25 di Planery Hall, KLCC.

Perkongsian Linda di Thread baru-baru ini mengundang respons netizen dengan ada yang menyokong tindakannya menarik diri dari kumpulan berkenaan.

“Alhamdulillah, saya rasa memang itu yang terbaik. Semoga Allah permudahkan urusan Linda dan dikurniakan kesihatan yang baik,” tulis seorang netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN