PETALING JAYA: Lima warga Vietnam menggunakan pasport dengan cap meragukan untuk keluar dari negara ini gagal dan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, semalam. Cubaan itu dikesan oleh Pasukan Pemantau AKPS KLIA Terminal 2 kira-kira pukul 10.20 pagi ketika pemeriksaan di Balai Perlepasan. Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkata, hasil pemeriksaan mendapati lima warga Vietnam terdiri daripada tiga wanita dewasa dan dua remaja perempuan…