Lelaki dipercayai gelandangan ditemukan maut tepi kaki lima

Lelaki dipercayai gelandangan ditemukan maut tepi kaki lima

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai gelandangan ditemukan maut di kaki lima sebuah restoran di Jalan Ara Kiri, Taman Lucky, Bangsar, di sini, pagi tadi.

Saksi kejadian, Mohamed Faizal Basirudin, 40-an, berkata dia menyedari kejadian itu ketika dalam perjalanan untuk bersarapan bersama isterinya kira-kira pukul 7.15 pagi.

“Saya baru meletakkan kenderaan berhampiran restoran itu dan ternampak seorang lelaki terbaring. Saya rasa pelik apabila lihat banyak lalat menghurung mukanya.

“Pada masa itu saya tidak pasti sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa dipercayai mati akibat ditolak seorang lelaki, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan masih dijalankan.

“Polis kini sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN