PETALING JAYA: ‘Layanan mereka (tentera Israel) sangat menjijikkan, mereka tidak melayan kami sebagai seorang wanita bertudung, malah menafikan keadaan kami yang menutup aurat’. Demikian perkongsian aktivis kemanusiaan, Iylia Balqis Suhaimi, 28, yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza, semasa menjadi tawanan tentera Israel. Iylia Balqis antara 23 sukarelawan warga Malaysia yang merasai pengalaman getir semasa ditahan oleh rejim Zionis itu. Kongsinya, tentera Israel berasa jelik apabila melihat…