KOTA BHARU: Lapan individu termasuk seorang wanita yang ditahan selepas dipercayai terlibat kes mengurung dan menculik tiga lelaki di Cherang Ruku, Pasir Puteh, dekat sini minggu lalu disambung reman dua hari. Perintah lanjutan reman bermula esok itu dibenarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20tahun hingga 46 tahun. Lanjutan reman itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan, Seksyen 342…