Lagi kes salah laku seks di sekolah, kali ini di Baling

Lagi kes salah laku seks di sekolah, kali ini di Baling

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Tiga pelajar dan seorang bekas pelajar berusia 15 hingga 17 tahun ditahan polis Ahad lalu, setelah disyaki terbabit dalam kes salah laku seksual dalam kelas serta menyebarkan bahan lucah di media sosial. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Ahmad Salimi Mat Ali berkata, kesemua mereka ditahan pada hari sama pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu berusia 53 tahun yang dibuat kira-kira pukul 11 pagi.

Katanya, laporan dibuat pengadu selepas dia dimaklumkan guru disiplin berkaitan penularan rakaman video membabitkan anaknya berumur 15 tahun yang berbogel.

“Siasatan mendapati, empat suspek terbabit didapati melakukan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi dalam kelas sekolah berkenaan.

“Kesemua mereka yang ditahan bermula pukul 9.30 malam, Ahad lalu kini direman selama lima hari mulai tarikh ditangkap dan merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Salimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak..-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN