KPT terima peruntukan RM18.6 bilion

KPT terima peruntukan RM18.6 bilion

HAMPIR sejuta belia dalam kumpulan umur 15 hingga 24 tahun berada di luar arus pendidikan dan pasaran buruh pada setiap tahun. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima sebanyak RM18.6 bilion termasuk RM400 juta bagi menyelenggara prasarana serta mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Selain itu, bagi membantu anak muda terutamanya dalam kalangan keluarga miskin, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.4 bilion untuk membantu golongan berkenaan menerusi pembiayaan biasiswa, pinjaman serta elaun pendidikan khusus bagi mencapai cita-cita mereka.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberikan pendidikan percuma Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), dengan peruntukan RM120 juta setahun pada 2026.

“Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA dari keluarga pendapatan rendah dan menengah. Ini akan memanfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun.

“Bagaimanapun, kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, semalam.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, KPT turut menerima peruntukan RM26 juta bagi Ikhtiar Dapur Madani supaya mahasiswa dibekalkan dengan peralatan memasak dan bahan mentah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN