PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan menerima sebanyak RM18.6 bilion termasuk RM400 juta bagi menyelenggara prasarana serta mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Selain itu, bagi membantu anak muda terutamanya dalam kalangan keluarga miskin, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM4.4 bilion untuk membantu golongan berkenaan menerusi pembiayaan biasiswa, pinjaman serta elaun pendidikan khusus bagi mencapai cita-cita mereka. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan memberikan pendidikan…