PETALING JAYA: Lebih RM400 juta diperuntukkan bagi menyelenggara prasarana dan mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia sebahagian daripada RM18.6 bilion yang diterima Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). “Tiada anak muda harus terhenti cita-citanya kerana kekangan kewangan. Pendidikan tetap pelaburan utama yang menjamin masa depan lebih baik. “Kerajaan akan terus menyokong anak muda keluarga susah dengan bantuan dan peluang yang…