PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan meneliti garis panduan bersesuaian susulan cadangan pelaksanaan langkah-langkah segera bagi meningkatkan keselamatan di semua institusi pendidikan. Kementerian itu berkata, garis panduan itu turut merangkumi cadangan larangan penggunaan telefon pintar di sekolah bagi murid bawah umur 16 tahun. Katanya, panduan lengkap dijangka dikeluarkan dalam tempoh terdekat, selain turut melibatkan usaha mempertingkatkan pemantauan pihak polis di semua institusi pendidikan. “KPM menyambut baik keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari…