KUALA LUMPUR: Kekuatan sebenar ASEAN selama hampir enam dekad penubuhannya terletak pada keupayaan untuk belajar, berkembang dan menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai krisis global yang menggugat kestabilan rantau ini. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kebolehan ASEAN menyesuaikan diri termasuk selepas krisis kewangan Asia 1997-1999 di mana Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjunam, harga aset dan mata wang runtuh serta pengangguran dan kemiskinan melonjak. Titah baginda, tindak balas terhadap…










