Kes tikam pelajar tiada unsur perkauman

Kes tikam pelajar tiada unsur perkauman

AMIRUDIN Shari ditemui pemberita selepas merasmikan Forum Shah Alam Urban di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam semalam. -UTUSAN/AFIQ RAZALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kes seorang pelajar perempuan yang maut ditikam di sebuah sekolah di Bandar Utama, Petaling Jaya, tidak melibatkan sebarang unsur perkauman. 

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau telah menghubungi Ketua Polis negeri, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan perkara itu.

Katanya, institusi sekolah seharusnya menjadi tempat paling selamat. 

“Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan polis, Kementerian Pendidikan dan komuniti setempat supaya tahap keselamatan di semua sekolah dipertingkatkan.

“Perkara itu akan menjadi keutamaan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi menjamin keselamatan pelajar,” katanya semalam.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN