Kes pukul paling banyak libatkan pelajar sekolah di Melaka

Kes pukul paling banyak libatkan pelajar sekolah di Melaka

DZULKHAIRI Mukhtar berbual dengan murid-murid ketika melakukan lawatan di sebuah sekolah menengah di Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kes pukul dan serangan fizikal direkodkan sebagai jenayah paling tinggi dalam statistik membabitkan pelajar sekolah di Melaka.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, seramai 18 pelajar ditahan membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 324, Seksyen 325 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Katanya, ia membabitkan kesalahan mendatangkan cedera, mendatangkan cedera dengan senjata dan mendatangkan cedera parah dengan senjata.

“Pada tahun lalu sebanyak 27 kes direkodkan bagi kesalahan pukul ini, meskipun ada sedikit penurunan, namun kesalahan jenayah ini adalah yang tertinggi direkodkan dalam kalangan pelajar sekolah.

“Kesalahan pukul ini bukan sahaja melibatkan kecederaan ringan tetapi beberapa kes telah menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dengan membabitkan penggunaan senjata, yang mana kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan” katanya selepas melakukan lawatan di sebuah sekolah menengah di sini, hari ini.

Dzulkhairi berkata, secara keseluruhan, sebanyak 36 kes jenayah kekerasan pelajar direkodkan di Melaka dari Januari hingga September 2025.

“Kategori kedua tertinggi membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol dengan sebanyak 12 kes direkodkan, diikuti kes Seksyen 394 dan Sekyen 395 Kanun Keseksaan iaitu merompak dan merompak secara berkumpulan sebanyak empat kes.

“Kita turut merekodkan dua kes bunuh yang berlaku di Melaka Tengah dan Jasin,” katanya.

Katanya, polis turut merekodkan 32 kes membabitkan jenayah harta benda dalam tempoh sama tahun ini dengan paling tinggi kesalahan mencuri kenderaan bermotor iaitu 12 kes, kesalahan mencuri lain lima kes dan pecah rumah 16 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×